Followers yang disayangi

Thursday, 18 August 2011

Tolak rezeki??

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Apa khabar semua di hari ke 18 Ramadhan? semoga iman dan diri sihat walafiat, AMIN..pagi tadi, ct dapat panggilan untuk kerja sementara.. Alhamdulillah, tapi tempoh bekerja sampai bulan 11 sedangkan ct dah nak sambung blaja..bukan rezeki ct walaupun ct nak sangat kerja tu... terpaksa tolak tawaran tersebut...

Rezeki ni Allah dah tentukan, cuma antara lambat dengan cepat je untuk dapat..bagi anda yang tidak bekerja lagi, anda jangan putus asa ya.. Usaha lagi dan doa pada bulan Ramadhan yang mulia ini dengan memohon pada Allah untuk memurahkan rezeki anda...Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah, melainkan kaum yang kafir.” – (Surah Yusuf, ayat 87)

p/s : cuba teka, ct dapat kerja ape?

5 comments:

Amyna said...

Owhh... x ct. bukan saja² nak tolak.. ada sebab juga kan... smile3x.

LemonSusu Skyjuice said...

betul tu ct..rezki Allah yang tentukan..:)doa jelah supaya dimurahkan rezki,,:)

ainina jelani said...

:) stuju ct cakap ni "Rezeki ni Allah dah tentukan, cuma antara lambat dengan cepat je untuk dapat"

hihi,
ct dapat keje cikgu ke :ragu

Syafiq Mokhtar said...

trust Allah for what u need.. :)
terbaik ct..

pUtEri sHaFieZa said...

btol kte kak ct tu..
mmh antara 2..
sme ade cpt atau lmbat..mmg xnafikan..

sha rase kak ct dpt keje kat kdai kucen kot..haha -gurau jee-