Followers yang disayangi

Tuesday, 31 May 2011

Keluarga angkat

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apa khabar?? semoga dlm keadaan sihat walafiat..korang pernah join program anak angkat?? ct pernah menyertai program  anak angkat selain gotong-royong, pg rumah anak2 yatim, bg motivasi pada adik2 yg bersekolah... klgr angkat ct bermula di johor, seterusnya di melaka.. di terengganu ada 2 keluarga angkat, dan akhir sekali di sabah..ct xsempat ke perak, kelantan, pahang, perlis, kedah, penang, sarawak dan selangor... xmampu ct  jika ada klgr angkat yang ramai...


walaupun ct ada klgr2 angkat, bg ct keluarga sendiri yang wajib diutamakan dulu.....jika anda ada peluang, cuba lah menyertai program sebegini.. pengalaman pahit bila ct sukar utk mendptkan sponsor program yang kita anjurkan....pengalaman yang paling seronok bila ct dapat klgr yang susah dan bilangan adik beradik yang ramai...bila melihat kehidupan mereka, ct rasa insaf dan bersyukur sgt di atas rezeki yang ct kecapi sekarang ini...semoga ukhwah ct dan klgr2 angkat berkekalan sehingga akhir hayat...

"Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan 
seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya." — Imam Al-Ghazali

p/s : jom kongsi cite jika ada pengalaman =)

Sunday, 29 May 2011

Cuti sekolah

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dah lama ct meninggalkan alam persekolahan, sampai ct tidak ingat tarikh atau cuti sekolah...Rupa-rupanya hari jumaat hari terakhir persekolahan.. Semalam bermulanya cuti sekolah sehingga 2 minggu...Ct memang suka sangat bila cuti sekolah ni.... boleh lah kami sekeluarga pergi bercuti.. cuti yang lepas, kami pergi mandi kat air terjun gunung ledang.. air nya sejuk.... bestnya berkelah dgn klgr sekali sekala... Kami sekeluarga sewa kabin..

sebelah kabin kami, sekumpulan remaja lelaki dan perempuan yang turut sewa 2 kabin..syngnya, remaja perempuan tidak memakai tudung, lelaki hanya memakai seluar pendek...mereka bergurau senda,bertepuk tampar..cuba kita fikir, ibu bapa mereka tau ke anak2 mereka ke sini??  mereka tidak rasa berdosa ke di atas perilaku mereka?? ct hanya mampu doakan agar mereka berubah ke arah yang lebih baik... xsalah kita nak beriadah, tapi kenalah jaga batas2 pergaulan dalam Islam..

p/s : cuti ni nak pergi mana pula ya??
any idea?

Tuesday, 24 May 2011

Tinggal 4 =(

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
baru berusia 5 hari..tinggal 4 ekor

Petang tadi, ketika ct ingin memberi makan kepada anak2 kucing ct. tiba-tiba ct terlihat anak kucing ct yang baru lahir tidur dengan lena sekali di sudut kotak. bila ct gerak-gerakkannya, rupa-rupanya anak kucing tersebut  tidak lagi bernafas..ct panggil abg utk galikan lubang di belakang rumah..sebelum ditanam, ibu ct mengusap2 kepala anak kucing tersebut..ct hanya mampu menahan air mata..

ct dapat rasakan perasaan kwn2 ct yang sedih pabila haiwan peliharaan mereka mati...sungguh sedih sekali..bila dilihat dibadannya, ada tanda kebiruan. kemungkinan, anak kucing tersebut mati dihempap ibunya.. sayang sekali, ct belum beri nama pada anak kucing tersebut. seusai menanam anak kucing tersebut, azan maghrib berkumandang. ct doakan agar anak-anak kucing ct yang lain membesar dengan sihat...

Monday, 23 May 2011

Kecantikan wanita

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

“Nafsu sering berkata wanita itu cantik pada keindahan paras rupa yang indah bagaikan mutiara. Akal berkata wanita cantik pada ilmu yang dimilikinya sedangkan hati yang suci itu menyatakan wanita itu cantik pada akhlak yang ada padanya”

Maka, peliharalah aurat mu wahai Wanita dari pandangan mata mereka yang bukan miliknya. Tutuplah dirimu wahai Wanita dengan kesempurnaan yang terpelihara.

“dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (dari memandang yang haram) dan memelihara kehormatan diri mereka dan jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah memperlihatkan bahagian tubuh mereka kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka, atau anak-anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak-anak bagi saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji mereka dari kalangan lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kepada kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman,agar kamu beruntung ” Surah An-Nur ayat : 31

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isteri mu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya ( semasa mereka keluar) cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka di kenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak akan diganggu. Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” Surah Al-Ahzab ayat : 59

credit to Along

Sunday, 22 May 2011

Sejadah Kaabah

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sejadah Kaabah mengisahkan pengorbanan anak yang berumur 13 tahun, Izah. Izah dan keluarga hidup dalam kesusahan dan ibunya hanya menjual nasi lemak dan upah menjahit. Ibunya, Lijah mempunyai hasrat untuk pergi ke Mekah. Oleh yang demikian, Izah cuba untuk menunaikan hasrat ibunya dengan menolong ibunya menjual nasi lemak di kawasan perumahan mereka. Selain itu, Izah cuba memasuki pertandingan mengarang utk memenangi wang tunai rm5000. Izah ditimpa kemalangan dan dimasukkan ke dalam ICU. Ketika di wad, cikgu Izah memberitahu Lijah yang Izah telah memenangi pertandingan tersebut..Usaha murni Izah untuk menghantar ibunya ke Mekah tertunai namun Allah lebih sayangkan Izah..

Baru berusia 13 tahun, tetapi mempunyai hasrat yang sungguh murni..sememangnya ini hanya sebuah lakonan..cuba kita aplikasikan di dalam kehidupan kita..Persoalannya,berapa ramai anak2 yang telah berjaya di dalam hidup  mempunyai hasrat yang sebegitu?? Ada ibu bapa yang mempunyai keinginan yang tinggi untuk pergi ke Mekah tetapi mereka tidak mampu untuk menunaikan hasratnya itu..jika anda sudah bekerja dan berkemampuan, adakah anda akan menghantar ibu bapa anda pergi ke Mekah?? Sebagai tanda penghargaan ibu dan ayah yang sudi menjaga kita sehingga berjaya, pakej menunaikan umrah atau haji untuk ibu bapa merupakan hadiah yang paling terbaik..

p/s: Jom sama2 kumpul duit utk pergi ke Mekah

Friday, 20 May 2011

Kusangkakan 3..rupanya 5 =)



سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Pukul 12 tgh malam tadi, ct pg dapur utk minum,..tiba-tiba terdengar suara anak kucing.."eh, xkan putih dah lahirkan baby??" dengan pantasnya, membuka pintu dapur dan melihat ke dalam sangkar...suratakhbar dipenuhi dengan darah dan  kelam-kabutlah sediakan kain dan kotak.. Alhamdulillah, ada 3 ekor anak kucing..comelnya mereka ni... warna putih 2 ekor dan 1 ekor warna kelabu..lepas masukkan dalam kotak, pisahkan bubu ke tempat yang lain..orang cakap, bapa kucing akan makan anaknya..so pisahkan lah mereka... =(

Kul 7 pagi tadi semasa nak bg makan..."Eh, bertambah lagi 2 ekor anak kucing" hehehe...maksudnya, 4 putih dan 1 kelabu..bertambahlah tanggungjawab ct..kos perbelanjaan untuk makanan juga bertambah...mereka ni belum buka mata lagi.. jalan pun xstabil lagi..tapi mulut bising...meow sana..meow sini..5 ekor tu, nanti riuhlah rumah..tidak sabar rasanya nak tengok mereka membesar... =) 

p/s: sedang pening nak beri nama anak2 kucing tu..
klu sudi, boleh kwn2 kongsi idea dgn Ct?

Thursday, 19 May 2011

Adab berdoa

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

sumber dari majalah SOLUSI
Adab-adab berdoa:
1) Berdoa dalam keadaan berwuduk
2) Mulai doa dengan membaca Bismillah dan ucapan memuji-muji Allah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w
3) duduk dan menghadap kiblat
4) Memohon ampun dengan merendah diri serta mengakui akan kesalahan diri di atas doa dan kesilapan yang  
    telah dilakukan
5) Berdoa dengan bersungguh-sungguh&dengan penuh khusyuk,tawaduk dan merendah suara
6) Mendahulukan doa dan permintaan utk diri sendiri terlebih dahulu sebelum berdoa utk orang lain
7) Mengulangi doa sebanyak tiga kali bagi sesuatu hajat yang lebih diutamakan
8) Menghindari diri daripada sesuatu yang ditegah, dilarang oleh agama sama ada pekerjaan, pakaian dan 
     minuman
9) Berdoa kesejahteraan muslimin dan muslimat secara keseluruhan tidak kira masih hidup atau telah meninggal dunia

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Doa adalah senjata bagi orang mukmin, tiang bagi agama dan cahaya langit dan bumi" (Riwayat Al-Hakim dan Ibn Abi Al-Dunya)

Wednesday, 18 May 2011

Akibat cuai

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kwn2 pernah cuai/careless? klu xpernah, tahniah ya !! Manusia ni tidak lari dari buat silap dan cuai. tak kisah lah cuai dalam apa keadaan sekali pun. Pukul 9 pagi tadi, Ct memandu kereta untuk menghadiri seminar. Semasa nak balik, ct tekanlah remote kereta.. tetapi langsung tidak memberi kesan kepada kereta tersebut..mula lah ct cemas dan gelabah.. kelam-kabut dibuatnya...

Rupa-rupanya bateri kereta ct lemah... akibat ct cuai dan terlupa menutup lampu kereta.. dalam 10 minit charge bateri, Alhamdulillah kereta boleh start kembali..Nasib baik ct cuai tutup lampu kereta shj.. kalau ct cuai  ambil kunci kereta, mcm mana?? Kesimpulannya,jangan cuai bila melakukan sesuatu perkara.. pandu kenderaan dengan berhati-hati...dan paling penting jangan lupa baca doa menaiki kenderaan =)

Sunday, 15 May 2011

Kehidupan ini hanya sementara

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semua yang hidup pasti akan mati..Ct teringat arwah pakcik yang meninggal dunia pada bulan 7 tahun lepas.. Arwah meninggalkan 4 orang anak.. Pertama kali, ct pandu kereta lebih 140km/j pulang ke kampung.. Ketika arwah meninggal, anak arwah yang sulung akan hadapi upsr...Anak bongsu, Ahmad dzulkarnain kerap bertanya pada umminya, semua orang ada ayah.. tp nape dia tidak ada ayah??? walaupun berusia 3 tahun tp dia sudah mengerti..

Ct rasa sedih tetapi ct tabahkan diri juga utk  ziarah mereka pada pagi tadi..Apabila sampai di rumah mereka, ahmad dzul menjerit2&melompat2 memanggil "kak ct"..Melihat kegembiraan mereka, ct tahan sedih..ct main2 dgn mereka, buat jadual blaja mereka..ct juga bertanya ttg kerja sekolah dan masalah mereka.. itu yang mampu ct buat =(

Pabila ingin pulang rumah, ct memberikan mereka hadiah sbg tanda kasih sayang ct dan utk menggembirakan adik2 sepupu ct.. Jasa arwah pakcik amat besar pada keluarga ct dan ct rasa tidak terbalas jasanya..ct cuba untuk membalasnya sekadar yang mampu.. Ct doakan agar makcik sekeluarga tabah untuk menghadapi dugaan ini.. Bersyukurlah jika kita mempunyai ibu bapa lagi.. Hormati dan jagalah mereka selagi mereka hidup.. Pada yang tidak mempunyai ayah ibu, doakan mereka dan sedekahkan ayat2 al- quran.. Jom kita berusaha untuk menjadi anak yang soleh dan solehah..

Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Saturday, 14 May 2011

Cinta

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 

Kwn2 pernah jatuh cinta x? Ni kali ketiga ct jatuh cinta.. jatuh cinta dengan filem Dalam Mihrab Cinta yang diadaptasi dari novelis terkenal Habiburrahman El Shirazy..ct jatuh cinta kali ketiga selepas Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih...Cerita dimulakan pabila Syamsul Hadi  menolong seorang wanita, Zizi daripada dirompak di dalam kereta api...

Syamsul telah difitnah oleh Borhan kerana dituduh pencuri.. Pihak pondok/pasantren telah membuang Syamsul tanpa selidik dengan sebetul-betulnya..Sedihnya keluarga Syamsul sendiri tidak mempercayainya..Lantas, syamsul melarikan diri dari rumah dan akibatnya dia benar2 menjadi pencuri..Bagi ct,seharusnya periksalah betul2 sama ada tomahan fitnah itu benar atau salah.. Mungkin kita terlepas didunia tetapi dikhuatiri tidak tertanggung azab di akhirat...

Walaupun identiti sebenarnya adalah pencuri, orang di sekitarnya memanggilnya Ustaz.. Sejak itu, Syamsul telah bertaubat dan menjadi insan yang baik..Setiap manusia itu memang tidak lari dari membuat khilaf atau kesilapan.. tetapi haruslah berubah ke arah yang lebih baik... =)

Pernikahan adalah cara yang terbaik untuk menghalalkan hubungan antara lelaki dan wanita....Akhirnya, Zizi dan Syamsul bernikah...Cara pernikahan mereka menyebabkan ct teringat kisah pernikahan Nabi di mana Siti Khadijah yang meminang Nabi Muhammad saw sbg suaminya.. Indah dan manisnya cinta jika kita mengikut syariat Islam

Rasulullah s.a.w bersabda :
“Seorang wanita dikahwini kerana empat perkara – kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana nasab keturunannya dan kerana agamanya; kahwinilah wanita yang baik pegangan agamanya, kamu akan mendapat ketenangan”.  (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, 11 May 2011

Qailulah

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

raziq comel ketika tidur 
Dalam majalah solusi, ada ilmu ttg qailulah.. Apa itu qailulah? jom kita fahami maksudnya,, dalam bahasa arab qailulah bermaksud tidur sebentar pada waktu tengah hari..dalam bahasa inggeris pula dipanggil day napping..Qailulah ini merupakan sunah Rasulullah s.a.w.... Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud "Lakukanlah qailulah (tidur di siang hari), kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan qailulah" (Riwayat al-tabarani) . Amalan qailulah ini banyak manfaatnya jika kita amalkan. Para saintis yang mengkaji mengenai tidur merumuskan terdapat lapan manfaat day napping ini iaitu:

a)Menjadikan minda lebih kreatif
b)Meningkatkan kecekapan dan produktiviti
c)Meningkatkan kemampuan pembelajaran dan daya ingatan
d)Memberi stamina kepada tubuh
e)Baik untuk jantung dan kesihatan
f )Membantu mengurangkan tekanan belajar dan di tempat kerja

Hal ini nampak remeh dan ringan. tetapi jika kita tidur diantara 10-20 minit sahaja sebelum waktu zohor, kita akan memperolehi manfaat yang begitu besar. Cara melakukan qailulah itu, kita hanya perlu tidur sekejap sahaja bukan tidur secara berlebihan. Badan kita akan rasa segar dan bertenaga jika amalkan qailulah ni...

p/s : jom kita amalkan qailulah atau day napping ni =)