Followers yang disayangi

Wednesday, 11 May 2011

Qailulah

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

raziq comel ketika tidur 
Dalam majalah solusi, ada ilmu ttg qailulah.. Apa itu qailulah? jom kita fahami maksudnya,, dalam bahasa arab qailulah bermaksud tidur sebentar pada waktu tengah hari..dalam bahasa inggeris pula dipanggil day napping..Qailulah ini merupakan sunah Rasulullah s.a.w.... Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud "Lakukanlah qailulah (tidur di siang hari), kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan qailulah" (Riwayat al-tabarani) . Amalan qailulah ini banyak manfaatnya jika kita amalkan. Para saintis yang mengkaji mengenai tidur merumuskan terdapat lapan manfaat day napping ini iaitu:

a)Menjadikan minda lebih kreatif
b)Meningkatkan kecekapan dan produktiviti
c)Meningkatkan kemampuan pembelajaran dan daya ingatan
d)Memberi stamina kepada tubuh
e)Baik untuk jantung dan kesihatan
f )Membantu mengurangkan tekanan belajar dan di tempat kerja

Hal ini nampak remeh dan ringan. tetapi jika kita tidur diantara 10-20 minit sahaja sebelum waktu zohor, kita akan memperolehi manfaat yang begitu besar. Cara melakukan qailulah itu, kita hanya perlu tidur sekejap sahaja bukan tidur secara berlebihan. Badan kita akan rasa segar dan bertenaga jika amalkan qailulah ni...

p/s : jom kita amalkan qailulah atau day napping ni =)

7 comments:

Mr.Kerro said...

terima aksih ct, bru MK tau slama ni isilah tu nama dia qailulah :)

miss ct said...

Assalamualaikum mk..
tq sudi dtg blog ct.. ct pernah gak dgr istilah tu.. tp xtau ejaan... so baru tau setelah membaca majalah solusi... =)

nur aisya humaira said...

Assalam ct..:)

klu aisya terus terlajak sampai ptg..:)

miss ct said...

Waalaikumussalam aisya..
xkisahlah, tp jgn lak tertinggal solat zuhur ya..=)

☺MissNJZ☺ said...

marilah kita berqailulah :D

miss ct said...

Assaalamualaikum missnjz..
tq sudi komen blog ct.. td ct xsempat nak amalkan qailulah..
esok jelah ya.. =)

Norashiqin Kamaruzaman said...

assalamualaikum ct =) hehhe...BL ade dgr ari tu penceramh suh tdo b4 zohor...heheh..TP bl tido tak beragak lak....hahhaha...terlajak lak...yela slalu kelas pon sampai zohor pastu ade lg klas...adeh...alamtnya BL tido waktu asar.. =( ...hahha yg tak diamalkam oleh Nabi...adessssss =.=...
apelah BL ni kan kan =p