Followers yang disayangi

Sunday, 22 May 2011

Sejadah Kaabah

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sejadah Kaabah mengisahkan pengorbanan anak yang berumur 13 tahun, Izah. Izah dan keluarga hidup dalam kesusahan dan ibunya hanya menjual nasi lemak dan upah menjahit. Ibunya, Lijah mempunyai hasrat untuk pergi ke Mekah. Oleh yang demikian, Izah cuba untuk menunaikan hasrat ibunya dengan menolong ibunya menjual nasi lemak di kawasan perumahan mereka. Selain itu, Izah cuba memasuki pertandingan mengarang utk memenangi wang tunai rm5000. Izah ditimpa kemalangan dan dimasukkan ke dalam ICU. Ketika di wad, cikgu Izah memberitahu Lijah yang Izah telah memenangi pertandingan tersebut..Usaha murni Izah untuk menghantar ibunya ke Mekah tertunai namun Allah lebih sayangkan Izah..

Baru berusia 13 tahun, tetapi mempunyai hasrat yang sungguh murni..sememangnya ini hanya sebuah lakonan..cuba kita aplikasikan di dalam kehidupan kita..Persoalannya,berapa ramai anak2 yang telah berjaya di dalam hidup  mempunyai hasrat yang sebegitu?? Ada ibu bapa yang mempunyai keinginan yang tinggi untuk pergi ke Mekah tetapi mereka tidak mampu untuk menunaikan hasratnya itu..jika anda sudah bekerja dan berkemampuan, adakah anda akan menghantar ibu bapa anda pergi ke Mekah?? Sebagai tanda penghargaan ibu dan ayah yang sudi menjaga kita sehingga berjaya, pakej menunaikan umrah atau haji untuk ibu bapa merupakan hadiah yang paling terbaik..

p/s: Jom sama2 kumpul duit utk pergi ke Mekah

5 comments:

noonaQQ said...

ade ank2 yg skg ni kedekut sgt nk kuar duit htr mak ayh gi umrah dan haji...

lau x berkemampuan tu lain cite la...

miss ct said...

Assalamualaikum noonaqq..
yg tidak berkemampuan, kita tau keadaan mereka.. jom sama2 kita kumpul duit utk hadiahkan ibu bapa kita pakej umrah atau haji itu =)

~sHy~ said...

best tak cite ni?..dengan mihrab cinta mana lagi best?

miss ct said...

Assalamualaikum shy..
cite sejadah kaabah ni drama melayu..bukan filem indonesia..mihrab cinta tu lebih kpd cerita islamik..shy try cari kat you tube

Norashiqin Kamaruzaman said...

assalam ct...izah meninggal...sob~ ='(

yela kan....kurng dah ank2 yg cmni...masing2 dah slalu dimanjakan....