Followers yang disayangi

Wednesday, 27 April 2011

Di sebalik Snow White, Cinderella.....

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

   
Ct nak berkongsi ilmu yg ct dengar dari IKIM.FM....penceramah tu mengatakan bahawa pada zaman yang serba moden dan canggih ini, ramai ibubapa lebih suka menceritakan pada anak-anak mereka tentang cerita-cerita klasik org putih berbanding kisah-kisah para nabi.. Sebenarnya ada maksud tersirat bagi setiap cerita klasik seperti Snow white, Cinderella, Litte Red Riding Hood.... Jom kita bongkar satu persatu !! =)

Pertama, Cinderella yang balik pukul 12 mlm. Zaman dahulu, lepas maghrib je, anak-anak tidak dibenarkan keluar selain drpd pergi mengaji&pergi surau.. Pada zaman sekarang, berapa ramai remaja yang beragama Islam skrg dah jadi seperti Cinderella??? Kononnya, mereka mendakwa yang mereka masih muda, nak enjoy.. Tidakkah mereka terpikir perasaan ibu bapa yang amat risau akan keselamatan mereka?? Golongan ini dipengaruhi oleh tipu daya orang kafir kah?? Amat mudah kita terpengaruh budaya luar berbanding budaya islam.....

Kedua, Snow white yang tinggal bersama dgn 7 org lelaki kerdil&hanya bangun setelah dicium.. Berapa ramai gadis yang beragama Islam duduk@tinggal bersama dgn lelaki walaupun tidak ada ikatan sah perkahwinan?? golongan remaja yang bercinta sekarang setakat berpegangan tangan sahaja?? mereka tidak takut dengan azab api neraka?? jika kita terikut-ikut dengan budaya luar, identiti kita sebagai orang islam telah tercemar... amat sedih, kecewa dan janganlah kita kotori Islam itu.. Islam itu kan Indah =)

Ketiga Little Red Riding Hood yang menceritakan tentang budak perempuan mudah tertipu dgn muslihat dan tipu helah musang..Aplikasikan pada zaman sekarang. Macam-macam kita lihat, baca di surat2 akhbar,tonton di televisyen... ramai anak gadis yang mudah tertipu dgn tipu daya lelaki...Sbg cth, baru kenal,  terus couple, lepas tu jumpa..Dapat pula, lelaki yang baru kenal tu memang berniat jahat...apa natijahnya?? Maruah diri tergadai..Memalukan ibu bapa&keluarga.. Semua ini boleh dielakkan jika kita berpegang teguh dengan ajaran Islam; alquran dan as- sunnah,, Jom kita beramai-ramai kejar syurga di akhirat dan bukannya syurga di dunia... Wallahuallam

“Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan yg keji dan suatu jalan yg buruk.” Surah Al-Isra' ayat 32


Friday, 22 April 2011

Terima kasih =)

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

sumber dr google

Tanggal 20 April 2011, genaplah sebulan ct wat blog...Erk, dah lewat 2 hari..maaf, busy sdkt.=P .Sejak berkecimpung dalam dunia blogging ni, banyak ilmu,pengalaman yang ct perolehi. Ct nak ucapkan ribuan terima kasih kpd my lovely followers yg sudi jd follower ct .Terima kasih byk2 juga kerana kalian sudi memberi komen.. jasa kalian amat ct hargai.. 

Ct sedar blog ct xsehebat blogger2 di BCR... biasalah, budak baru bertatih.. kenalah berperingkat..step by step..Entry dalam blog ct lebih ke arah kehidupan ct dan sdkt sgt ttg perkongsian ilmu..Ct ada niat nak wat  perubahan dlm blog ni.. Insha Allah, ct akan cuba untuk membuat perubahan ke arah yang lebih baik.. doakan yang terbaik utk ct ya... AMIN... 

Mayb ada blogger2 yg baca entry ni akan terdetik dlm hati "Ct ni, baru sebulan blogging dah kecoh..Aku beberapa bulan@tahun pun xkecoh!! Erk..Sbnrnya, ct  amat terharu&gembira dgn penerimaan korang terhadap blogger baru mcm ct ni....Terima kasih byk2..Kwn2 blogger di BCR yang xjemu2 menolong ct, terima kasih daun keladi..kalau sudi, tolonglah ct lagi =)

p/s: jika anda sudi,sila komen ttg 
kekurangan serta kelemahan dalam blog ct ni.

Tuesday, 19 April 2011

Bakal bergelar ibu

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

putih yang sarat mengandung

Tajuk je dah gemparkan?? saje je bagi gempar...ceritanya bermula begini..semalam ct bawa putih pg jumpa Dr utk wat medical check up.. nak tau x,ct dapat berita gembira!! apa berita tu?? "Dr ckp, Tahniah Cik Ct..Kucing anda,putih sudah mengandung.." erk..berdrama pula =P...
ct gembira sgt..putih bakal menjadi ibu...syukur Alhamdulillah.. 


Memang dah lama ct nantikan berita gembira ini..tp ct risau pula.. ct xtau bila putih ni nak lahirkan baby.. cuma Dr ada ckp, kucing mengandung 3 bulan je.. so, skrg ct dah wat preparation..ct dah belikan kotak, dah sediakan tuala dalam kotak tu.. bila-bila masa shj, putih boleh lahirkan baby.....xsabar rasanya nak tunggu saat itu...saat mendpt baby2 kucing...mesti comelkan?? hehehe =P


bila saat dpt tau si putih mengandung,ct  gembira sgt2...jaga si putih dr kecil sampai si putih mengandung.. Akhirnya putih bakal bergelar ibu& dapat baby2 kucing yg comel...itulah kitaran hidup bagi seekor kucing..ct cuma tumpang bahagia shj...semoga selamat menjadi ibu,putih =)


p/s:ct sdg pilih nama anak2 putih ni..
tlg bg idea boleh??

Monday, 18 April 2011

Penantian berakhir...

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


"Imam muda terus memecah tradisi, program keislaman idea anak tempatan memulakan satu perjalanan dalam sebuah kehidupan" ..pernah kah anda mendengar iklan ni?? YA..Akhirnya, Imam Muda musim ke 2 akan dilancarkan secara langsung pada malam ini bermula jam 9 malam di saluran Astro Oasis. Maka, malam ni terjawablah teka teki siapakah 10 calon Imam Muda yang akan meneruskan perjuangan Imam Muda 1.Ct memang dah lama tunggu rancangan Imam Muda 2 ni.. xsabar rasanya nak tgk!!! 

Serba sedikit tentang Imam Muda..Imam Muda adalah sebuah siri pencarian remaja Islam yang dipilih melalui uji bakat  yang diusahakan oleh pihak Astro dan kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan(JAWI). Tujuan atau objektif Imam Muda ini adalah untuk mencari IMAM muda yang terbaik dalam kalangan berjuta pemuda di dalam Malaysia..Selain itu, program Imam Muda ini bertujuan untuk mencari pelapis, melahirkan pemuda yang berintegriti,berkredibiliti bagi memikul bukan shj sbg imam malah sbg pemimpin.

Mereka yang terpilih akan tinggal di dalam asrama selama 3 bulan dan mempelajari hal ehwal islam.. Mereka juga akan mengikut jadual yang ketat, peraturan ugama, tugas dan pemahaman khusus tentang tugas-tugas seorang imam,pemimpin keluarga& juga pemimpin masyarakat. Setiap minggu, mereka akan diuji dengan praktikal, latihan amali, tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan.Setiap minggu akan diumumkan pelajar terbaik dan akan berlakunya penyingkiran. Di minggu kesembilan, hanya 2 orang pelajar yang terbaik akan beraksi di pentas akhir. Siapakah yg bakal bergelar Imam Muda selepas Imam Muda Asyraf??Ada rezeki, jom kita beramai-ramai menyaksikan Imam Muda ini pada setiap minggu... =)


p/s : Imam Muda Terbaik!!!

Saturday, 16 April 2011

Tips kecantikan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

sumber dr google

Setiap makhluk ciptaan Allah yang bergelar wanita/perempuan itu cantik, memiliki  keunikan tersendiri yang menyerlahkan lagi kecantikannya. Beberapa tips cantik yang insyaAllah tidak akan lekang oleh waktu: 


1)Untuk mendapatkan bibir yang menawan, ucaplah kata-kata kebaikan&hiasilah dgn senyuman tulus.                2)Untuk mendapatkan wajah yang cerah,  basahilah wajah dgn air wudhu. 
3)Untuk mendapatkan tubuh yang ideal, sedekah sdkt setiap makanan yang kita makan dgn org yg susah
 4)Untuk mendapatkan mata yang indah, menataplah kepada keindahan hati dan kebaikan orang lain. 
5)Untuk mendapatkan kebahagiaan di dunia dan akhirat,berjalanlah dengan ilmu dan pengetahuan.
   6)Untuk mendapatkan kesempurnaan, terimalah diri kita seutuhnya.       

 Kecantikan itu akan terlihat sempurna ketika kita mampu mensyukuri kelebihan yang kita miliki dan menerima kekurangan diri dengan hati yang lapang dan ikhlas..Setiap kejadian yang Allah ciptakan itu sempurna sifatnya
{credit to syed faiz}

Monday, 11 April 2011

Jom ice skating

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

bintang di sunway pyramid ice skating...tahun 2008
Kali pertama ct cuba ice skating,terus jatuh hatilah...memang menarik...walaupun ct xpandai, tp ct nak cuba lagi...practices makes perfect....right?? ct dgn kwn2 mulakan misi kami..kami bawa stoking kaki, so harga tiket rm 21...rm 13 utk harga tiket masuk dan rm8 utk sarung tangan yg mcm gmbr kat atas tu..
cuba teka, ct punya sarung tangan warna ape????

memang menarik main ice skating ni, tetapi..ct tgk ramai remaja islam yang bermain sampai tidak menunaikan solat..pihak pengurusan pula tidak sediakan surau di dalam tempat ice skating....jika dah keluar dari tempat ice skating, tidak dibenarkan masuk pula...ct tidak tahu keadaan sekarang..jika masih tidak disediakan surau,ct berharap agar pihak sunway pyramid ice skating sediakanlah surau...xsalah kalau kita nak bersuka ria, tetapi solat janganlah kita tinggalkan...

ct nak nak bg pendapat..bg prmpuan, kalau boleh...pakai lah baju yang gelap warnanya&menutup aurat ketika anda main ice skating...ha..lagi satu..klu anda jatuh,minta tlg dr kwn-kwn prmpuan anda...klu kwn lelaki? mayb anda ckp boleh sbb dia pakai sarung tgn kan?? *tapi persoalannya kenapa pergi main ice skating dengan kawan lelaki???{credit to kyo}....baik kita elakkan dari menimbulkan fitnah&dpt dosa...wallahuallam...

p/s: jom main ice skating 
      kwn2 muslimah bcr

Saturday, 9 April 2011

Undangan majlis perkahwinan...

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

sumber dr google
Kwn2 suka x pg majlis perkahwinan??dulu, masa ct sekolah rendah..ct suka sgt  ikut mak,ayah menghadiri majlis perkahwinan...dpt gula-gula, coklat, telur..hehehe....tp bila ct dah mula masuk remaja, ct "malas" sdkt nak ikut mak ayah..lagi2 klu ct xkenal sape yg nikah itu... =)

bila kawan-kawan,senior-senior ct jemput ke majlis perkahwinan mereka, ct dah tua rupanya =P..ct pernah terbaca "Apabila salah seorang dari kalian diundang ke walimah, hendaklah ia mendatanginya." (HR Bukhari dan Muslim). Satu kewajipan kita sbg seorang muslim utk menghadiri undangan perkahwinan . Jom rajin-rajinkanlah diri kita memenuhi undangan itu.

Banyak faedah nya jika kita menghadiri majlis walimah ni seperti boleh didik diri utk bercampur dgn masyarakat, mengeratkan silaturrahim sesama muslim&meraikan pengantin....Walau bagaimana pun, tidak menghadirkan diri ke undangan ke majlis walimah dibolehkan sekiranya kita uzur/memudaratkan diri dan sebab-sebab lain..=)