Followers yang disayangi

Wednesday, 22 June 2011

Wordless Wednesday 2

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


                                السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

                                   
iman vs dosa

p/s: gmbr di atas hanya perumpamaan shj                                       

Tuesday, 21 June 2011

LaYaR kEiNsAfAn

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Layar Keinsafan by Mestica


Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora

Untuk ku berlayar


p/s :sila sedarkan ct jika ct wat silap ya...

Monday, 20 June 2011

Kau Sahabat Kau Teman

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kau Sahabat Kau Teman 
By Hijjaz


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati
p/s : semoga ditempatkan dlm kalangan orang yang beriman..
moga aman di sana... Amin

Sunday, 19 June 2011

Selamat Hari Bapa

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apa khabar anda?? semoga sihat walafiat.. Anda tahu apa itu Hari Bapa?? Kita sambut hari bapa untuk hargai pengorbanan dan jasa bapa. Di Malaysia, hari bapa disambut pada hari ahad minggu ketiga pada bulan Jun. Apa-apa pun gelaran seperti ayah/ walid/ abi/ abah/ baba/ daddy apa yang anda bayangkan?? mesti mereka tu seorang yang tegas dan garangkan?? anda selalu dipukul,dimarahi oleh ayah sewaktu kecil?? itu salah satu proses mendidik supaya anda berjaya pd masa hadapan & tanda ayah sygkan kita..


Sama ada bapa kita bergaji besar atau kecil, mereka tetap bapa kita dan  wajib kita hormati mereka.. Walaupun anda sesibuk mana pun, luangkan sedikit masa menziarahi mereka dan rakamkan segala kenangan  sebelum mereka meninggalkan kita.. "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya"  tetiba teringat lagu Ayah dr kumpulan Aeman.. jom layan lagu nasyid ni =)...


p/s: ayah...minta maaf atas kesilapan 
anakmu ini..selamat hari bapa 

Friday, 17 June 2011

Pengalaman berharga

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apa khabar??semoga sihat walafiat..Amin..anda pernah lihat ragam pesakit di wad?? pengalaman ct melihat pesakit yang mengerang kesakitan, yang tidak boleh berckp dan bergerak, yang takutkan jarum dan sbgnya..Selalunya jam 9.30 sehingga 10.30 pagi adalah masa paling "busy" bagi sister dan jururawat-jururawat. Doktor-doktor pakar akan membuat pemeriksaan setiap pesakit dan semua waris diminta tunggu diluar.. peliknya, mcm mana waris nak tau perkembangan keadaan pesakit itu jika tiada di sisi pesakit bila doktor datang??

jika anda seorang wanita dan melawat di wad lelaki, anda wajib "jaga pandangan mata".. faham-faham jela bila berada di wad..aurat mereka bukan dikisahkan sgt...ditambah lagi dengan kehadiran doktor-doktor muda =p.. dalam Surah An-Nur ayat 31 yang sebhgn ayat tu bermksd "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menjaga pandangan mereka (daripada memandang yang haram)..... "
p/s : syukur Alhamdulillah, atuk ct dah keluar wad

Thursday, 16 June 2011

Wordless Wednesday 1

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

p/s: minta maaf jika ada wat silap

Tuesday, 14 June 2011

Brick game

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Anda pernah main "brick game"? "brick game" tu yg mcm bentuk kat atas tu.. hehehe... dalam "brick game" tu, byk permainan yang blh dimain seperti  ular, lawan keta, tembak-tembak dan mcm-mcm lagi.. sekarang ni, jika anda pergi ke pasar malam atau shopping complex, harga "brick game" tu  blh dapat semurah rm3.. tidak seperti  masa ct kecil-kecil dulu, harga "brick game" tu mahal.. 

"brick game" tu dah dijual dalam pelbagai bentuk seperti  telefon, joystick.. hari ini dalam sejarah, setelah lama meninggalkannya ct kembali main "brick game".. yezza !!! pagi tadi, ct jaga atuk kat hospital.. ct isi masa  dgn baca buku dan main "brick game" ni.. actually, hari ini byk benda yg ct blaja.. nanti ct ceritakan dlm entry yg seterusnya..

p/s : tlg doakan atuk ct cepat sembuh ya =)

Sunday, 12 June 2011

Mati itu pasti

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apa khabar? ct doakan agar anda sihat walafiat, Amin... anda tau apa itu mati? setiap yang bergelar makhluk Allah pasti mati.. minggu lepas, rancangan Imam Muda tentang banduan..sedihnya, ada banduan yang dijatuhkan hukuman gantung dan meninggal di dalam penjara...
Surah Az- Zumar ayat 42
Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.

Ct dapat ilmu baru ketika menonton Imam muda ni.. Mati ini boleh terbahagi kepada dua iaitu mati kecil dan mati besar..mati kecil ini mati sementara seperti tidur dan koma.. mati sementara  ni Allah akan bangunkan kembali... manakala mati besar iaitu Allah tarik roh dari jasad dan tidak pulangkan selama-lamanya.. kita sebagai orang Islam, kita wajib beriman kepada kematian.. jauhkanlah diri kita dari terkena penyakit wahan... Amin..
p/s:dimohon doakan kwn ct sedar
dari koma dan sembuh sepenuhnya

Monday, 6 June 2011

MyIman

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Apa khabar semua? semoga sihat walafiat.Amin... korang tau x jenama MyIman?? Myiman ni salah satu produk Islamik....Myiman tu byk produknya dan salah satunya handphone atau telefon..fungsi hp Myiman ialah kita boleh dgr bacaan Al-quran ketika masa terluang.. Then ada hadith,ada tafsir al-quran, ada games, petunjuk arah kiblat, boleh setkan azan bagi setiap kali waktu solat... paling best, blh  ikut bacaan Al quran dalam hp Myiman ni... Hp Myiman,blh guna 2 simkad... harga hp Myiman ni rm390..

Pakej Pen Membaca MyIman

Selain itu, produk Myiman seperti Pakej Pen membaca Myiman paling terbaik lah.. blh ajar anak2 atau adik2 anda guna pen shj...cara penggunaannya, hanya tekan pen kat buku..akan keluar bunyi... kagum kan?? Buku2nya ialah Pintar membaca buku 1-4, read with me phonic, read with me the 45 key words, read with me sounds of the alphabet, doa seharian dllg..Ct kagum sgt tgk teknologi dari negeri China tu... rasanya yg buat produk ni, org negara China yang beragama Islam.. harga produk ni rm300..agak mahal, tp utk pelaburan masa depan...

Sunday, 5 June 2011

Ujian dan dugaan

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apa khabar anda semua?? semoga sihat walafiat... anda pernah hadapi dugaan & ujian?? anda pernah sedih sehingga mengalir air mata tanpa diundang?? klu xpernah, anda seorang yang kuat, tabah & sabar...Tahniah ct ucapkan kepada anda.. bagi perempuan, meraka mudah menangis & beremosi.. bila timpa dugaan dan ujian, automatik air mata mengalir... bagi ct, jika ditimpa dugaan dan ujian, ct selalu ingatkan diri ALLAH sygkan ct....  

Setiap orang, berbeza tahap ujian dan dugaan seperti dalam ayat al quran iaitu di dalam surah Al Baqarah ayat 286 "ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" Sebenarnya ada hikmah di sebalik ujian dan dugaan tersebut..selepas ujian dan dugaan itu akan ada kemanisan selepasnya..cuma kita perlukan kesabaran yang tinggi utk hadapi dugaan dan ujian itu.... semoga anda juga tabah dan sabar pabila  hadapi dugaan hidup....

Friday, 3 June 2011

Pengalaman lama menggamit lagi



سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apa khabar semua? semoga sihat walafiat..Amin..ct nak kongsi ttg pengalaman ct masa duk asrama...selalunya dlm kul 5.30 pagi, ct dah bgn tidur....awalkan?? nak rebut bilik air dgn senior ok...then nak basuh baju lagi..hehehe...Pada satu pagi, ct bgn pagi.. then, ct terdgr ada org panggil nama ct... mendayu2 dia panggil mcm ni, "ct....ct...ct" pergh takut ok..korang rasa apa yg ct buat??dah lah ct duk katil atas masa tu...ct berani nak tgk kat luar tingkap tu.. tp ct pikir balik...klu nampak lembaga tu mcm mana?? dgn pantasnya, ct turun bwh..then tidur balik dekat kawan ct...hahaha..."hantu" kat asrama mmg menakutkan ok....

Actually, cite ni ct nak kongsi selepas ct  bebual dgn adik beradik ct ttg cite hantu....kitaorg dah lama xjumpa.. so mmg bestlah duk sembang adik beradik sampai kul 3-4 pagi... ct ingat lagi pesanan ustaz,ustazah dan parents ct..diaorg ckp, jgn lupa baca Al-quran setiap hari..klu mlm,jgn nak merayau2 sampai lewat pagi...sebelum tidur baca ayat Al-Kursi, baca doa tidur..lagi satu, surah Yassin tu penting kerana ia ibarat jantung atau hati..klu korang nak dekati seseorang, korang akan "tackle" melalui hati kan?? Maka, jika kita nak dekatkan diri dgn Allah, kita kenalah selalu baca Al-quran dan surah Yassin.... 

p/s : sudi2kanlah kongsi pengalaman 
cite hantu dgn ct