Photobucket

Followers yang disayangi

Friday 6 December 2013

Sebuah Pertemuan


Assalamualaikum readers...apa khabar semuanya? Moga sihat ya..ct masih dalam mood blogging tetapi bukanlah entry yang hebat..sekadar nak berkongsi cerita tentang pertemuan...Haa!!! cite tentang  bertemu jodoh ke? krik..krik..krik actually,esok ct bertemu dengan kawan-kawan universiti..lama gak lah tak jumpa..selepas masing-masing konvo dan meneruskan hidup masing-masing..cite tentang pertemuan ni kan, ct ada terjumpa dengan sebuah lagu...lagu ini amat sesuai menjadi tema pertemuan kami..moh le dengar...


p/s: lepas dengar lagu ni, mesti korang teringat kawan-kawan kan?
hargailah sebuah pertemuan...setiap yang bertemu, pasti berakhir dengan perpisahan

Tuesday 3 December 2013

Biar gambar yang berbicara

                                                      السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apa khabar readers?*bajet ramai readers* Err, baru sedar yang blog sudah bersawang lamanya..*Syuh..syuh..halau labah- labah yang sedang buat sarang ni.sembur  dengan febreeze..kikiki*. Entry kali ni biarlah gambar yang berbicara..











=



p/s: bila gambar yang berbicara, akan ada pelbagai andaian.
apa andaian anda dengan gambar ini? meh kongsi dgn ct....

Wednesday 19 June 2013

Detik Perubahan

Assalamualaikum...

Masa berlalu dengan pantas sehingga ct tidak sedar bahawa sudah hampir 4 bulan blog ini bersawang begitu sahaja. Mohon maaf kepada readers di atas khilaf diri ini...tapi ada ke readers blog ni?? blog picisan je, sape lah yang sudi baca...kikiki..4 bulan menyepi, pelbagai perkara telah berlaku... ada peristiwa sedih, gembira, suka, duka, ketawa, menangis, semuanya ada...bak kata astro, macam-macam ada...hee.. 

Kita sedia maklum yang kehidupan kita  ini diatur oleh Allah... ada kala kita di atas, ada kala kita di bawah.. Ada kala kita diuji dengan harta ada kala kita diuji dengan nafsu.. Bila adanya ujian dan dugaan ini, adakah kita dapat melepasinya dan kita dapat berubah ke arah yang lebih baik atau sebaliknya? perubahan ini pelbagai dari perubahan sikap, perubahan tempat, perubahan emosi  itu amat perlu dalam kehidupan kita...ct ada gak terfikir, rasa-rasanya, lelaki ke perempuan yang cepat berubah sikapnya?? Ada yang ingin mengutarakan pendapat wahai para lelaki di luar sana? Bagaimana pula pendapat wahai wanita?Adakah anda ingin menyokong dan membangkang? 

Sebagaimana dengan diri ct sendiri, ct cuba mencari perubahan juga..mesti korang tertanya-tanya, perubahan yang macam mana pula tu? actually, perubahan kehidupan yang lebih baik dengan bertukar tempat kerja....kikiki...jauh dari keluarga tetapi amat gembira apabila  rakan-rakan sekerja yang amat baik dan layan ct as a part of their family...hakikatnya, ct pun berubah sikap..cuba untuk menjadi yang lebih baik dan Allah redhai...kadang kala, kita terbelenggu dengan ketakutan dalan membuat perubahan kan? salah satu sebabnya kerana kita tak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan..jangan lah risau, Allah kan ada...apa kata kita belajar bersikap positif, di mana kita perlu berfikir bahawasanya perubahan itu memberi kebaikan yang positif pada diri... kepada kawan-kawan di luar sana, apa kata kita mulakan transformasi terutamanya diri dari sekarang..jangan bertangguh...jom ubah, baru Allah ubahkan kita.. berubah-ubah juga tetapi ingatlah perubahan itu seharusnya perubahan yang Allah redhai...

perubahan itu harus satu demi satu..jangan terlalu cepat dan jangan terlalu lambat



Sunday 10 February 2013

Permainan dunia

Assalamualaikum semua,

Setelah hampir dua bulan di tahun baru, baru teringat blog sudah lama terbiar..kehidupan sebagai mahasiswa telah lama berlalu pergi..tiba masanya untuk merebut peluang kerjaya...sebagai fresh graduate, rata-rata mengharapkan pekerjaan yang setimpal dengan ijazah yang mereka miliki... tetapi apakan daya, permainan dunia pada masa kini tidak lagi menjanjikan sebegitu.. terlampau ramai memiliki diploma, ijazah malahan lambakan master dan juga phd. Maka, persiapan perlu dibuat dengan rapi dan teliti agar anda semua mempunyai kelebihan pada diri berbanding yang lain. 

Alam pekerjaan, membuatkan diri ini bangun dari "lena". bukan mudah ya bila dah bekerjaya ni.. rata-rata dilihat, setakat nak gaji tinggi tapi balik kerja pada pukul 5 petang memang tak lah.. paling awal pun, anda akan sampai di rumah seawal pukul 7 malam dan paling lewat sebelum pukul 11 malam..ada yang sampai ke lewat pagi baru sampai di rumah kerana terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan...selain itu, kehidupan menjadi huru-hara pabila pagi anda dihidangkan dengan kesesakan selama 40-60 minit ke tempat kerja dan juga masa balik.. masa makan tidak teratur, masa mengaji dan masa rehat juga tidak cukup. mungkin ini salah satu faktor ramai yang bertukar-tukar kerja kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran..bagi mengekalkan kerjaya, and jangan cepat mengalah, putus asa dan haruslah sentiasa kuat dan tabah pabila hadapi dugaan.memang penat untuk bermain dengan permainan dunia ini..Jika kita terlampau mengikut retak permainan dunia, kita akan leka dan hanyut. 

Rata-rata kita akan berfikir tentang apa yang kita ingin gapai di dunia ini. kita takut untuk hadapi kemiskinan di dunia..ada juga yang takut jika tidak bahagia di dunia...ada pula yang takut jika tidak mengapai kerjaya yang diimpikan...lumrah manusia, cuma alangkah indahnya sekiranya kita hidup dengan apa yang Allah tetapkan.. Kita kerja untuk ibadah bukan untuk mengejar kekayaan, kemewahan. kita bekerja agar mendapat wang bagi memenuhi keperluan asas seperti makanan dan tempat tinggal...bukan kita kejar untuk membawa ferrari di jalan raya dan bukan untuk mendiami bungalow 5 tingkat.. bukankah kain kapan berwarna putih yang membaluti tubuh kita nanti? ini semua hanya sementara... sedarlah, kerjaya kita sekarang, Allah yang aturkan.. kebijaksanaan kita, Allah yang anugerahkan...kemewahan yg dikecapi, Allah yang bagi... semuanya Allah yang aturkan...seharusnya kita perbaiki hubungan kita dengan Allah agar kita tidak leka dan lalai dengan apa yang kita kecapi...