Photobucket

Followers yang disayangi

Wednesday 19 June 2013

Detik Perubahan

Assalamualaikum...

Masa berlalu dengan pantas sehingga ct tidak sedar bahawa sudah hampir 4 bulan blog ini bersawang begitu sahaja. Mohon maaf kepada readers di atas khilaf diri ini...tapi ada ke readers blog ni?? blog picisan je, sape lah yang sudi baca...kikiki..4 bulan menyepi, pelbagai perkara telah berlaku... ada peristiwa sedih, gembira, suka, duka, ketawa, menangis, semuanya ada...bak kata astro, macam-macam ada...hee.. 

Kita sedia maklum yang kehidupan kita  ini diatur oleh Allah... ada kala kita di atas, ada kala kita di bawah.. Ada kala kita diuji dengan harta ada kala kita diuji dengan nafsu.. Bila adanya ujian dan dugaan ini, adakah kita dapat melepasinya dan kita dapat berubah ke arah yang lebih baik atau sebaliknya? perubahan ini pelbagai dari perubahan sikap, perubahan tempat, perubahan emosi  itu amat perlu dalam kehidupan kita...ct ada gak terfikir, rasa-rasanya, lelaki ke perempuan yang cepat berubah sikapnya?? Ada yang ingin mengutarakan pendapat wahai para lelaki di luar sana? Bagaimana pula pendapat wahai wanita?Adakah anda ingin menyokong dan membangkang? 

Sebagaimana dengan diri ct sendiri, ct cuba mencari perubahan juga..mesti korang tertanya-tanya, perubahan yang macam mana pula tu? actually, perubahan kehidupan yang lebih baik dengan bertukar tempat kerja....kikiki...jauh dari keluarga tetapi amat gembira apabila  rakan-rakan sekerja yang amat baik dan layan ct as a part of their family...hakikatnya, ct pun berubah sikap..cuba untuk menjadi yang lebih baik dan Allah redhai...kadang kala, kita terbelenggu dengan ketakutan dalan membuat perubahan kan? salah satu sebabnya kerana kita tak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan..jangan lah risau, Allah kan ada...apa kata kita belajar bersikap positif, di mana kita perlu berfikir bahawasanya perubahan itu memberi kebaikan yang positif pada diri... kepada kawan-kawan di luar sana, apa kata kita mulakan transformasi terutamanya diri dari sekarang..jangan bertangguh...jom ubah, baru Allah ubahkan kita.. berubah-ubah juga tetapi ingatlah perubahan itu seharusnya perubahan yang Allah redhai...

perubahan itu harus satu demi satu..jangan terlalu cepat dan jangan terlalu lambat



1 comments:

kyo_9 said...

ubah sikap tu x ikut jantina, tapi lebih pada individu tu sendiri kot..

tapi secara sains nya, pompuan cepat ubah sikap sbb adanya kitaran haid :p