Followers yang disayangi

Saturday, 14 May 2011

Cinta

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 

Kwn2 pernah jatuh cinta x? Ni kali ketiga ct jatuh cinta.. jatuh cinta dengan filem Dalam Mihrab Cinta yang diadaptasi dari novelis terkenal Habiburrahman El Shirazy..ct jatuh cinta kali ketiga selepas Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih...Cerita dimulakan pabila Syamsul Hadi  menolong seorang wanita, Zizi daripada dirompak di dalam kereta api...

Syamsul telah difitnah oleh Borhan kerana dituduh pencuri.. Pihak pondok/pasantren telah membuang Syamsul tanpa selidik dengan sebetul-betulnya..Sedihnya keluarga Syamsul sendiri tidak mempercayainya..Lantas, syamsul melarikan diri dari rumah dan akibatnya dia benar2 menjadi pencuri..Bagi ct,seharusnya periksalah betul2 sama ada tomahan fitnah itu benar atau salah.. Mungkin kita terlepas didunia tetapi dikhuatiri tidak tertanggung azab di akhirat...

Walaupun identiti sebenarnya adalah pencuri, orang di sekitarnya memanggilnya Ustaz.. Sejak itu, Syamsul telah bertaubat dan menjadi insan yang baik..Setiap manusia itu memang tidak lari dari membuat khilaf atau kesilapan.. tetapi haruslah berubah ke arah yang lebih baik... =)

Pernikahan adalah cara yang terbaik untuk menghalalkan hubungan antara lelaki dan wanita....Akhirnya, Zizi dan Syamsul bernikah...Cara pernikahan mereka menyebabkan ct teringat kisah pernikahan Nabi di mana Siti Khadijah yang meminang Nabi Muhammad saw sbg suaminya.. Indah dan manisnya cinta jika kita mengikut syariat Islam

Rasulullah s.a.w bersabda :
“Seorang wanita dikahwini kerana empat perkara – kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana nasab keturunannya dan kerana agamanya; kahwinilah wanita yang baik pegangan agamanya, kamu akan mendapat ketenangan”.  (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

4 comments:

♥Aleeya Liya♥ said...

btul3...periksa laa dulu..jgn main tuduh2..

Siti Safiyyah said...

macam lain sikit dgn versi novel.. hehe

miss ct said...

Assalamualaikum liya...
sian Syamsul kan?? menitis air mata ct bila tgk part dia kena pukul tu..

ss...ct tgk movie dulu..sdg berusaha utk kumpul duit beli novel.. =)

kyo_9 said...

Assalamualaikum..
wah cam best.. camne nk download :apa