Photobucket

Followers yang disayangi

Tuesday, 30 August 2011

Salam Lebaran

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apa khabar semua pada 1 Syawal? Semoga semuanya sihat walafiat,AMIN..Hari ini, semua sedia maklum bahawa hari kemenangan bagi setiap umat Islam kerana berjaya menempuh bulan Ramadhan yang mulia dengan penuh kesabaran.. Terasa cepatnya masa berlalu, pabila bulan Ramadhan itu sudah melabuh tirainya.. kini, kita sambut Hari Raya Aidilfitri pula...

Entry khas ini dibuat untuk warga BCR yang disayangi..Dikesempatan ini, ct dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga ke kaki di atas kekhilafan ct selama perkenalan kita semua..walaupun persahabatan di alam maya, ct amat hargai sangat-sangat dengan ukhwah ini dan semoga ukhwah kita semua berkekalan..AMIN...jika ada rezeki, kita akan bertemu..


p/s : semoga ALLAH melindungi
 kita semua...AMIN  

Friday, 26 August 2011

Apakah kesalahan kita ketika menyambut hari raya???



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apa khabar semua di hari Ramadhan yang ke 26? semoga iman dan amal sihat walafiat, AMIN...mesti ramai yang sibuk membuat persediaan untuk raya kan? *adakah ini salah satu faktor dimana jemaah terawih di masjid semakin berkurangan?
sebenarnya dalam kita menyambut Hari Raya, kita tak sedar yang kita ada buat kesalahan dan kesilapan.. Diantara kesalahannya adalah:

1) bermegah-megah dan melampau dalam membuat persiapan raya..sebagai contoh pakaian, dekorasi rumah dan sbgnya..semua nak serba baru sedangkan yang lama blh guna lagi..pembaziran berlaku *selalunya dekorasi rumah sprti langsir,set sofa, tv, pinggan mangkuk dsbgnya*

2) Terlupa menunaikan puasa enam sedangkan bulan Syawal selama sebulan. 1Syawal hanya diharamkan puasa dan ada masih 29 hari lagi untuk kita puasa sunat 6 hari di bulan Syawal..

3) solat sunat Raya dilakukan tetapi solat wajib seperti Subuh dan Zuhur ditinggalkan..

4) Tidak menziarahi saudara-mara, jiran dan rakan..lebih mengutamakan dan mengagungkan rancangan  tv


5) minta maaf bermusim, hanya di Hari Raya sahaja

6) Bagi wanita, janganlah tabarruj (melampau dalam berhias)

7) Bersalam-salaman antara lelaki  dan wanita yang bukan muhrim

8) Makan berlebihan

sumber dari Majalah Solusi Edisi Ramadhan

p/s: semoga kita terhindar dari melakukan
 kesalahan di atas ni..AMIN