Setelah hampir dua bulan di tahun baru, baru teringat blog sudah lama terbiar..kehidupan sebagai mahasiswa telah lama berlalu pergi..tiba masanya untuk merebut peluang kerjaya...sebagai fresh graduate, rata-rata mengharapkan pekerjaan yang setimpal dengan ijazah yang mereka miliki... tetapi apakan daya, permainan dunia pada masa kini tidak lagi menjanjikan sebegitu.. terlampau ramai memiliki diploma, ijazah malahan lambakan master dan juga phd. Maka, persiapan perlu dibuat dengan rapi dan teliti agar anda semua mempunyai kelebihan pada diri berbanding yang lain.
Alam pekerjaan, membuatkan diri ini bangun dari "lena". bukan mudah ya bila dah bekerjaya ni.. rata-rata dilihat, setakat nak gaji tinggi tapi balik kerja pada pukul 5 petang memang tak lah.. paling awal pun, anda akan sampai di rumah seawal pukul 7 malam dan paling lewat sebelum pukul 11 malam..ada yang sampai ke lewat pagi baru sampai di rumah kerana terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan...selain itu, kehidupan menjadi huru-hara pabila pagi anda dihidangkan dengan kesesakan selama 40-60 minit ke tempat kerja dan juga masa balik.. masa makan tidak teratur, masa mengaji dan masa rehat juga tidak cukup. mungkin ini salah satu faktor ramai yang bertukar-tukar kerja kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran..bagi mengekalkan kerjaya, and jangan cepat mengalah, putus asa dan haruslah sentiasa kuat dan tabah pabila hadapi dugaan.memang penat untuk bermain dengan permainan dunia ini..Jika kita terlampau mengikut retak permainan dunia, kita akan leka dan hanyut.
Rata-rata kita akan berfikir tentang apa yang kita ingin gapai di dunia ini. kita takut untuk hadapi kemiskinan di dunia..ada juga yang takut jika tidak bahagia di dunia...ada pula yang takut jika tidak mengapai kerjaya yang diimpikan...lumrah manusia, cuma alangkah indahnya sekiranya kita hidup dengan apa yang Allah tetapkan.. Kita kerja untuk ibadah bukan untuk mengejar kekayaan, kemewahan. kita bekerja agar mendapat wang bagi memenuhi keperluan asas seperti makanan dan tempat tinggal...bukan kita kejar untuk membawa ferrari di jalan raya dan bukan untuk mendiami bungalow 5 tingkat.. bukankah kain kapan berwarna putih yang membaluti tubuh kita nanti? ini semua hanya sementara... sedarlah, kerjaya kita sekarang, Allah yang aturkan.. kebijaksanaan kita, Allah yang anugerahkan...kemewahan yg dikecapi, Allah yang bagi... semuanya Allah yang aturkan...seharusnya kita perbaiki hubungan kita dengan Allah agar kita tidak leka dan lalai dengan apa yang kita kecapi...
4 comments:
yeayy berjaya juga update...huhu...apakan daya...zaman skunk zaman competition.... yg pentg jaga hubngn dgn Allah....
p/s: wahh header tu...hehe
tahniah sebab dah berkerjaya sekarang .. lepas ni boleh la sponsor bcr setahun .. XD
jaga hbgn dgn Allah smua akan mnyusul dtg =)
mengejar dunia perlu
mengejar akhirat wajib
Post a Comment