Photobucket

Followers yang disayangi

Tuesday 30 August 2011

Salam Lebaran

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apa khabar semua pada 1 Syawal? Semoga semuanya sihat walafiat,AMIN..Hari ini, semua sedia maklum bahawa hari kemenangan bagi setiap umat Islam kerana berjaya menempuh bulan Ramadhan yang mulia dengan penuh kesabaran.. Terasa cepatnya masa berlalu, pabila bulan Ramadhan itu sudah melabuh tirainya.. kini, kita sambut Hari Raya Aidilfitri pula...

Entry khas ini dibuat untuk warga BCR yang disayangi..Dikesempatan ini, ct dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga ke kaki di atas kekhilafan ct selama perkenalan kita semua..walaupun persahabatan di alam maya, ct amat hargai sangat-sangat dengan ukhwah ini dan semoga ukhwah kita semua berkekalan..AMIN...jika ada rezeki, kita akan bertemu..


p/s : semoga ALLAH melindungi
 kita semua...AMIN  

Friday 26 August 2011

Apakah kesalahan kita ketika menyambut hari raya???



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apa khabar semua di hari Ramadhan yang ke 26? semoga iman dan amal sihat walafiat, AMIN...mesti ramai yang sibuk membuat persediaan untuk raya kan? *adakah ini salah satu faktor dimana jemaah terawih di masjid semakin berkurangan?
sebenarnya dalam kita menyambut Hari Raya, kita tak sedar yang kita ada buat kesalahan dan kesilapan.. Diantara kesalahannya adalah:

1) bermegah-megah dan melampau dalam membuat persiapan raya..sebagai contoh pakaian, dekorasi rumah dan sbgnya..semua nak serba baru sedangkan yang lama blh guna lagi..pembaziran berlaku *selalunya dekorasi rumah sprti langsir,set sofa, tv, pinggan mangkuk dsbgnya*

2) Terlupa menunaikan puasa enam sedangkan bulan Syawal selama sebulan. 1Syawal hanya diharamkan puasa dan ada masih 29 hari lagi untuk kita puasa sunat 6 hari di bulan Syawal..

3) solat sunat Raya dilakukan tetapi solat wajib seperti Subuh dan Zuhur ditinggalkan..

4) Tidak menziarahi saudara-mara, jiran dan rakan..lebih mengutamakan dan mengagungkan rancangan  tv


5) minta maaf bermusim, hanya di Hari Raya sahaja

6) Bagi wanita, janganlah tabarruj (melampau dalam berhias)

7) Bersalam-salaman antara lelaki  dan wanita yang bukan muhrim

8) Makan berlebihan

sumber dari Majalah Solusi Edisi Ramadhan

p/s: semoga kita terhindar dari melakukan
 kesalahan di atas ni..AMIN

Wednesday 24 August 2011

Wordless Wednesday 8

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


p/s: nak jual mereka..ada sapa2 mahu beli??

Monday 22 August 2011

Kenapa orang cacat dihina??



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Apa khabar semua?? Semoga iman dan diri anda sihat pada hari ke 22 Ramadhan ni, AMIN.. hari ni ct nak berbicara tentang cacat.. tahukah anda bahawa orang cacat ni hamba Allah mcm kita juga??? cuma kurangnya, mereka tidak cukup sempurna anggota seperti kita...kemampuan mereka kurang daripada kita...tetapi kenapa sering sekali kita melihat dan mendengar golongan seperti mereka ini dihina dan dicaci??? adakah sebab kita yang cukup "sempurna", kita layak menghina mereka?? atau adakah sebab kita sombong, angkuh?? ingatlah, kita hidup hanya sementara di dunia ini...dalam sekelip mata sahaja, Allah boleh tarik nikmat yang ada.. Sempena bulan Ramadhan ni, sama-sama lah kita menjadi orang yang lebih bersyukur dan memberi bantuan pada golongan yang  memerlukan pertolongan daripada kita...


p/s: lagu tu memang menyayatkan hati 

Puasa Penuh Bersama Pc



Assalamualaikum..selamat berpuasa semua..adoyai, ct nak join segmen ni... tp kena mula ayat dengan "Saya berpuasa penuh masa kecil-kecil dulu kerana nak berbuka....masa ct kecil-kecil dulu, sape yang tidak berpuasa tidak dapat berbuka dgn orang yang berpuasa.. selalunya ct lepas gak makan dgn org yg berpuasa even tak puasa pun..mana ada mak,ayah sampai hati wat mcm tu kan..selain tu kan, klu tak puasa penuh, tak dapat raya...then, duit raya pun tak dapat jika tak puasa penuh.. budak-budak kan suka hadiah.. kira duit raya tu hadiah lah  kerana dpt puasa penuh... oklah, ct nak tag 2S iaitu safiyyah dan shiqin utk join segmen ni..


p/s:pc, semoga segmen ini berjaya dgn jayanya... =) 

Friday 19 August 2011

Lagu Aidilfitri & Merdeka Pilihan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Hari ni ct join segmen rakan blogger di bcr iaitu ceritasekupang..Jom kawan-kawan, kita support kwn kita, mohd azman ceritasekupang atau dikenali dgn cs ni...Oklah, untuk lagu raya,  ct pilih lagu Siti Nurhaliza, Air Mata Syawal..lagu ni amat syahdu bila dengar apatah lagi masa raya anda tidak dapat beraya bersama dengan keluarga tersayang.. 



Lagu Patriotik pula yang jadi pilihan Ct iaitu lagu 1 Malaysia..Ct ingat lagi, lagu ni pernah menjadi lagu tema bila ct dan kawan-kawan buat program dengan adik-adik tersayang di Sabah...



Untuk segmen ni, ct nak tag kawan-kawan bcr yang ct sayangi iaitu saudari shiqin, saudari safiyyah, dan juga saudari feeza...

p/s: cs semoga segmen ni berjaya..
good luck cs =)

Thursday 18 August 2011

Resah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



RESAH
Lagu: Wan Muhammad Najib
Lirik: Wan Muhammad Najib
Vokal: Instinct

Senjakala yang menggamit
Resah dalam perjalanan
Meniti waktu dengan pasrah
Mengharap secangkir kasihMu

Tika dedaun berguguran
Mengimbau kenangan semalam
Apakah dosa-dosa ini akan terampun
Dalam perjalanan kembali
Untukku menuju Ilahi

Tuhan kurniakan kasihMu
Munajatku di penjuru malam
Menghapus dosa yang silam
Ingin kucubit dan kulontarkan
Bersihkan diri mengadapMu

Resah menangis dikalbuku
Tika kenangan dahulu menyapa sanubariku
Pasti nasuha yang ku munajatkan
Menyulam hasrat kasih sejati

Tolak rezeki??

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Apa khabar semua di hari ke 18 Ramadhan? semoga iman dan diri sihat walafiat, AMIN..pagi tadi, ct dapat panggilan untuk kerja sementara.. Alhamdulillah, tapi tempoh bekerja sampai bulan 11 sedangkan ct dah nak sambung blaja..bukan rezeki ct walaupun ct nak sangat kerja tu... terpaksa tolak tawaran tersebut...

Rezeki ni Allah dah tentukan, cuma antara lambat dengan cepat je untuk dapat..bagi anda yang tidak bekerja lagi, anda jangan putus asa ya.. Usaha lagi dan doa pada bulan Ramadhan yang mulia ini dengan memohon pada Allah untuk memurahkan rezeki anda...Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah, melainkan kaum yang kafir.” – (Surah Yusuf, ayat 87)

p/s : cuba teka, ct dapat kerja ape?

Wednesday 17 August 2011

Wordless Wednesday 7

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Tuesday 16 August 2011

Jujurkah anda??

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Apa khabar anda di pagi 16 Ramadhan? semoga iman dan diri bertambah sihat, AMIN...hari ni ct nak bicara tentang jujur.. anda mesti tahu apa yang dimaksudkan dengan jujur??? kita wajib jujur dengan Allah, jujur dengan manusia, jujur dengan haiwan malah kita kena jujur dgn diri sendiri.. tetapi sejauh mana kita melaksanakan sifat jujur itu? adakah kita sentiasa jujur dengan Allah dengan melaksanakan segala perintahNYA?? adakah kita selalu jujur dengan ibu bapa? dalam persahabatan, adakah kita diantara sahabat yang paling jujur?? 

Diri kita sendiri yang mencorak antara kita ini bersifat jujur atau tidak..tetapi bersifat jujur ini biarlah bertempat kerana pada zaman sekarang ini jika anda terlalu jujur ditakuti dan dikhuatiri apa-apa akan berlaku...Sebenarnya, bersifat jujur ini ada kebaikannya iaitu kita akan dpt tiga perkara iaitu  kepercayaan, cinta dan rasa hormat.Selain itu Rasulullallah s.a.w pernah bersabda iaitu  "Hendaklah kamu semua bersikap jujur, kerana kejujuran membawa kepada kebaikan dan kebaikan membawa ke syurga" (Hadis Riwayat  Bukhari) . Wallahuallam

Monday 15 August 2011

Kuih Raya 1

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Apa khabar semua? semoga anda sihat pada minggu kedua Ramadhan ini...hari ni ct dah mulakan misi...misi ape??? misi membuat kuih raya..hahaha.. nak tau kuih ape?? untuk permulaan, ct buat yang kuih yang paling senang nak dibuat..hari ni, ct dapat siapkan lebih kurang 50 keping cornflakes cokelat.. ct buat sedikit sahaja untuk percubaan dulu.. belum ada keyakinan lagi ni.. masa berbuka puasa tadi, ct minta emak kritik..mak cakap ct kena buat banyak-banyak lagi untuk bagi hadiah pada nenek dan sedara mara...wah, semangat ni nak buat lagi pada esok hari..korang nak tau cara membuatnya?? Cara membuat cornflakes cokelat yang paling senang, anda hanya perlu...

100gram conrflakes
150gram coklat masakan
sdkt hiasan dan paper cup..

Mula-mula ct panaskan air dalam vision..then timbang berat coklat 150gram dan masukkan coklat dalam satu cawan...letakkan cawan tersebut dalam vision yang dipenuhi dgn air yang mengelegak panas...tunggu sehingga coklat menjadi cair..Semasa nak tunggu coklat cair, ct timbang cornflakes 100gram dan ct pecah-pecahkan cornflakes supaya menjadi butiran yang lebih kecil..bila coklat dah cair, ct tuangkan coklat tersebut dalam cornflakes dan gaul sehingga sebati..Selepas itu, ct masukkan adunan cornflakes cokelat tersebut dalam paper cup..untuk hiasan, boleh guna colourful rice tapi ct guna bentuk hati.. Akhir sekali, ct masukkan dalam bekas kedap udara supaya tidak lemau kena angin...dah siap pun...senangkan?apa kata anda cuba..selamat mencuba ya..

p/s : esok akan disambung misi yang seterusnya

Friday 12 August 2011

Bagaimana nak hilangkan perasaan sedih??

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Apa khabar semua pada 12 Ramadhan ni? Semoga diri dan iman bertambah sihat..Ct nak tanya, korang selalu rasa bersedih dan berduka?? Ha, senang je kalau nak hilangkan perasaan mcm tu.. Ct cadangkan korang beli buku dan hayati buku yang bertajuk Jangan Bersedih:Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia karya Dr 'Aidh Bin' Abdullah Al-Qami.. Dalam buku ini, terdapat 13 bahagian iaitu Emas, Kalung, Permata, Mutiara, Berlian, Intan, Yaqut, Nilam, Cincin, Zamrud, Manikam, Intan dan Kristal.. Harga dia Rm10, penerbitnya Al-Hidayah...Tetiba ct rasa dah jd macam promoter buku pula...hehehe.. 

Didalam setiap bahagian tersebut, ia byk cerita tentang kisah dan  diselitkan dengan ayat-ayat Al-Quran dan hadis.. Selain itu ada diselitkan dengan kata-kata hikmah, pesanan dan semangat..Sekiranya anda sedang bersedih, berduka, tertekan, ct syorkan anda cuba baca dan hayati buku ini..Ia sedikit sebanyak akan memberi motivasi dan menghilangkan kesedihan yang ada alami..Selamat membaca ya =)

p/s : ada masa ct kongsikan kisah 
   yang ada dalam buku ini ya..

Tuesday 9 August 2011

Miss ct marah kat sape??

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 
Kh Abdullah Gymnastiyar, 
pengasas Pesantren Maahad AT-Tauhid

Apa khabar semua di hari ke sembilan Ramadhan? semoga iman bertambah "sihat"..miss ct marah?? nape dan kat sape?? hehehe.. xde lah, ct nak kongsi dgn apa yg ct dgr dlm rancangan Astro Oasis... penceramah tu Kh Abdullah Gymnastiyar, pengasas Pesantren Maahad AT-Tauhid.. panggilan penceramah tu AA iaitu Ustaz dari negara Indonesia...tajuk ceramah tu, ct dah lupa..rasanya byk sgt makan semut =P...tapi berkaitan tentang marah...sifat marah tu sebenarnya baik sbb apa yang Allah ciptakan memang sempurna dan tidak ada cacat cela.. Cuma kita sebagai manusia, bagaimana kita kendalikan sifat marah itu..adakah terkawal atau menjadi luar kawalan??? Apabila menjadi luar kawalan, itulah yang dikatakan, sifat marah itu sudah menjadi keburukan atau sifat mazmumah..


Berapa ramai antara kita pandai mengendalikan sifat marah supaya ia tidak menjadi luar dari kawalan?? Bila kita marah, di sekeliling kita akan dipenuhi dengan syaitan-syaitan dan pabila kita menahan sabar ketika marah, kita akan dikelilingi malaikat-malaikat.. Baca Al-quran dan ambil wudu' adalah salah satu cara utk kurangkan marah.. Biarlah kita marah bertempat dan janganlah kita mengikut nafsu dan godaaan syaitan itu...Maaf jika penulisan ini ada cacat dan cela.. yang baik datangnya dari Allah dan buruk itu datangnya dari kelemahan diri Ct ini...    


p/s : jom perbaiki diri kita 
   dalam bulan ramadhan ni 

Sunday 7 August 2011

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Di Malaysia

     
p/s : Bila membeli juadah berbuka jangan keterlaluan dan 
membazir... biarlah bersederhana..

 Firman Allah yang bermaksud : " Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya " (Surah Al-Isra' ayat 27)

 Jom renung sejenak bila melihat gmbr di bawah ini :