Photobucket

Followers yang disayangi

Friday 29 July 2011

Kenapa hadis palsu dicipta?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apa khabar semua di hari jumaat ni?? semoga sihat walafiat ya.. hari ni ct nak kongsi apa yg ct baca dari majalah Al-Islam keluaran bulan Ogos ttg hadis.. Ada 6 sebab hadis palsu dicipta dan diantaranya adalah :

Politik... 
setelah Nabi SAW wafat, berlaku pertelingkahan dan perbezaan pendapat tentang sistem khalifah..ini permulaan kepada penyebaran fitnah besar dan timbul hadis-hadis palsu..apa pentingnya? untuk menarik sokongan dan mendakwa mereka dalam kalangan golongan yang benar.. akhir sekali apa yg berlaku?? perpecahan umat islam.. sedih sekali

Taasub...
dikatakan bahawa perasaan taasub dan assabiyah terhadap bangsa, bahasa dan negeri menyebabkan terciptanya hadis2 palsu ni... utk ape ya? utk mengagung-agungkan sesuatu bangsa, bahasa dan negeri...

Musuh Islam...
golongan yang memusuhi islam seperti golongan munafiq.. mereka sengaja cipta hadis palsu berkaitan akidah, syariat, ibadat, akhlak, hukum-hakam dan lain-lain lagi.. untuk ape ya?? untuk merosakkan umat islam secara halus..

Ahli bidaah dan golongan zuhud...
golongan ini berpendpt bahawa hadis boleh dicipta.. apa tujuannya? supaya rajin beramal ibadat.. apa caranya? dengan menerangkan ttg kelebihan amalan dan ancaman supaya jauhi larangan Allah

Percanggahan persoalan fiqh dan akidah....
menyebabkan wujudnya hadis-hadis palsu yang bertujuan untuk menyokong pandangan sesuatu mazhab atau pegangan aliran berhubung perkara tersebut

Kepentingan diri...
ada para dongeng dan penglipur lara banyak cipta hadis palsu seperti kisah-kisah teladan dan peringatan.. apa tujuannya? untuk tarik perhatian orang ramai... ramai yang ghairah nak cipta nama sbg perawi hadis dan ini salah satu sebab kenapa hadis palsu dicipta.. selain itu, ada segelintir ulama duniawi yang digelar 'ulama su'...mereka sanggup putar belitkan kebenaran dengan membuat hadis palsu.. tujuannya adalah untuk kepentingan dunia dan dekatkan diri dengan penguasa..

p/s : sumber dari majalah Al-Islam..bahagian umum...
keluaran bulan Ogos..muka surat 21

Wednesday 27 July 2011

Wordless Wednesday 5

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Tuesday 26 July 2011

SEGMEN ILMIAH : JOM BERKONGSI HADIS BERSAMA-SAMA

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Hadis 1 : Adab dengan teman (rakan)
Rasulullah SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Ibn Asakir r.a bermaksud "Jauhilah olehmu teman yang buruk (akhlaknya) sebab engkau akan dikenali dengannya. " 

Hadis 2 :Dasar pemilihan isteri
Sabda Nabi SAW yang bermaksud " Dinikahi perempuan itu kerana hartanya, dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beroleh keuntungan " 
hadis riwayat Al-Bukhari

Hadis 3 : Dasar pemilihan suami
Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a yang bermaksud "Apabila datang kepadamu seorang (lelaki) yang kamu redai agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah anakmu itu. Jika tidak berbuat demikian, nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan di atas muka bumi. "


sumber dari buku Indahnya Hidup Bersyariat =)

Ct nak tag saudara kyo, mk birthday boy
saudari ss, bl, amal 

Monday 25 July 2011

Lagu Nasyid

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Apa khabar semua? cuba teka gmbr sape tu?? ct bg clue, dia penyanyi nasyid.. dah jd satu fenomena baru pada tahun ni.. dpt teka?? tidak dapat?xpelah..meh ct bgtau..td ct duk dgr lagu, tetiba terdengar satu lagu ni.. terus ct teringat kenangan pada bulan mac 2010 di program ISK...di situlah bermulanya ct mengenali lagu Open Your Eyes. Empunya potret itu ialah Maher Zain yang berasal dari sweeden..lagu2 beliau yang amat popular ialah Insha Allah, For the rest of my life, Thank you Allah, The Chosen One, Hold my hand, Barakallahulakuma, Awaken, Open your eyes, Palestine Will be free, Allahi Allah Kiyakaro, Ya nabi salam alayka..

Sewaktu ct di sekolah rendah dulu, ct suka sangat lagu-lagu nasyid kumpulan Raihan,Rabbani,Hijjaz, Huda, Mawaddah..Meningkat remaja, ct dgr lagu2 nasyid dari kumpulan Nowseeheart, Saujana, Inteam, Unic, Dehearty, Far East, Instinct.. lagu nasyid kegemaran ct?? lagu aeman-buatmu ibu, ayah, di pondok kecil, unic-ke makam bonda, inteam-pemergianmu dan byk lagi lah...jika ct pandu keta di highway, lagu2 ni ct buka dan nyanyi utk hilangkan mengantuk..

p/s anda ada lagu kegemaran tak?
  meh kongsi dgn ct =)

Sunday 24 July 2011

Terima kasih

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Korang perasan apa perubahan pada blog ct?? xperasan?? xpelah.. meh ct bgtau.. ct dah ada header.. apa pendpt anda ttg header blog ct ni?? korang tahu sape yg sudi watkan header ct?? insan yg baik hati ni bernama beauty lover a.k.a bl..terharu sangat..bila bl kata nak wat header utk blog ct, ct rasa menyusahkan bl...rumitkan buat header?? terima kasih byk2 bl krn sudi luangkan masa bl utk wat header ct..ct hargai sgt2 jasa baik beauty lover.. terima kasih sekali lagi beauty lover.. jasamu dikenang =)

p/s jom berkenalan dgn blogger yg baik hati ni >>> beauty lover 
link beauty lover >>>> http://cinqleafclover.blogspot.com/

Friday 22 July 2011

Peristiwa pada Hari Jumaat

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apa khabar semua? semoga sihat walafiat... Ct nak berkongsi maklumat yang ct baca dari sebuah buku..tajuk buku Kehebatan Bulan-Bulan Islam..Terdapat pelbagai  peristiwa yang berlaku pada hari Jumaat..Di antara peristiwa tersebut ialah  pernikahan para Nabi pada hari jumaat iaitu:

a) Pernikahan Nabi Adam dan Hawa

b) Pernikahan Nabi Yusuf a.s dan Zulaikha

c) Pernikahan Nabi Musa a.s dengan Shafura binti Nabi Syuaib a.s

d) Pernikahan Nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis

e) Pernikahan Rasulullah s.a.w dengan Khadijah radiallahuanha 

f) Pernikahan Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah Binti Abu Bakar

g) Pernikahan Ali Bin Abi Thalib r.a dengan Fathimah Az Zahra binti Rasulullah s.a.w

(sumber dari Kitab As-Sab'iyahtu Fi Mawa'izhil Bariyyat ms 135-136)

Wednesday 20 July 2011

Pelangi

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Monday 18 July 2011

Review buku 1

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apa khabar semua?? setelah 2 hari cuti dari update entry, hari ni ct update... biasalah hujung minggu, hbskan masa dgn family.. so blog bersawanglah 2 hari.. hari ni nak update ape ya? erm... jom pk...ha, dah dpt idea...ct nak perkenalkan satu buku yang kalian semua patut beli dan baca...byk ilmu yg akan kita dpt dr pembacaan buku tersebut.. ct cdgkan baca buku Indahnya Hidup Bersyariat dari Ustaz Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid.

Mesti korang tertanya-tanya apa yang bagusnya tentang buku ni? Buku ni menjwb persoalan tentang Fardu Ain dan kifayah.. ada 7 bab dan ada pecahannya.. dari Syariat Kelahiran sampailah Syariat Sunat Harian Sepanjang Masa..bagusnya buku ni siap ada gmbr berwarna lagi..sbg cth cara-cara nak ambil wudu', solat, mandi, kafan serta kebumikan jenazah..pastu ada doa-doa dan terjemahan Al-Quran..harga buku rm55..bila baca buku ni,mmg best sangat..jom kumpul duit beli buku ni dan timba ilmu sama-sama =)

Friday 15 July 2011

Putus asa dan kecewa

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pernah tidak anda rasa "down" tetiba?? rasa putus asa dan kecewa dlm blogging? sindrom ni berlaku bila terlalu byk berfikir ttg idea utk wat entry dan membandingkan blog dgn orang lain.. sebagai contoh, newbie blogger mcm ct..selalu bandingkan blog ct dgn blog yang lebih bagus dan berilmu dari ct.. memang rasa down giler.. rasa give up utk blogging ada gak..tunggu masa je ni... satu hari nanti, ct akan berhenti blogging juga...

lagi satu, pernah tak anda rasa segan dan malu bila berkawan dgn shbt2 yg berilmu?? pada mulanya ct segan nak berkwn dgn mereka.. tp bila fikir balik, ct yang kekurangan ilmu ni harus blaja dgn orang yg berilmu kan?? bershbt dgn org yg berilmu akan menyebabkan kita dpt ilmu juga..semoga dapat manfaat dan kebaikan di dalam persahabatan..semoga ukhwah kita berkekalan,Amin