Photobucket

Followers yang disayangi

Monday 26 December 2011

Semoga berjaya wahai sahabat

 
 
Assalamualaikum sahabat-sahabat... apa khabar? moga diri dan iman kalian sihat walafiat..penat juga ya mengemaskan sawang labah-labah dalam blog ni....maaf dipinta blog lama tidak "diupdate"...banyak perkara yang harus dilunaskan sebelum menghadapi peperiksaan akhir..Pabila minggu ke 14, kebanyakkan pelajar akan berasa lega kerana semua tugasan sama ada assignment, lab, presentation, report, term paper, proposal dan sebagainya perlu dan telah diselesaikan sebelum berjuang dalam peperiksaan akhir sem...
 
 
 
Sebelum menghadapi peperiksaan akhir, kebanyakkan institusi pelajaran memberi "study week" selama satu minggu ..Sebelum menjelang peperiksaan, kebanyakkan pelajar termasuk ct akan menghabiskan sebahagian dari cuti "study week" untuk pulang ke rumah.. Setelah lama tidak pulang ke rumah, ct nekad untuk pulang beberapa hari untuk meluangkan masa dengan keluarga sebelum pergi berjuang ( macam pergi berperang je). Orang cakap, balik rumah untuk minta restu dan doa dari ibu bapa...


  
 
Bagi sahabat yang menghadapi peperiksaan akhir sem, semoga kalian semua berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.. Apa yang penting ialah usaha kalian menelaah buku, menghafal isi-isi yang penting, memahami konsep dan pandai membahagikan masa antara blaja dan aktiviti yang lain..Ingatlah DUIT iaitu Doa, Ulangkaji, Ikhtiar dan Tawakal...Jika kita gagal setelah berusaha, jangan bersedih kerana itu merupakan ujian sebagai pelajar.. jangan pula kita tidak berusaha, tetapi mengharapkan kecemerlangan...Jika kita ingin mengecapi kejayaan, semestinya doa kepada ALLAH itu amat penting selain doa dari ibu bapa dan usaha kita sendiri...Selamat berjuang dan moga berjaya ya wahai sahabat semua !!  \ (^_^) /

8 comments:

Syaiful said...

selamat berjaya gak

Shiqin Sunshine said...

betol2....orang cemerlang memberikan hasil yang telah diusahakan walaupon tatau hasil itu memberansangkan atau tak...

orang gagal belom cuba dah bg pelbagai alasan...hehehe amboi kak ct extend dia punye cuti =p...heheh btw, semoga berjaya kak ct =)

CeritaSekupang said...

selamat menghadapi study week aka cuti sebelum final Dan selamat menghadapi final exam. Semoga berjaya..

Siti Safiyyah said...

selamat berjuang ct! hehe. thanks tau sebab ct slalu sms kata2 semangat kat ss. ;)

Cik Azz said...

Semoga tenang dalam menghadapi apa jua cabaran.. :)

Good luck.. Allah sentiasa bersama dengan orang2 yang rajin berusaha dan bertawakkal..

SYAF said...

doa sentiasa mengiringi ct.. amin...

Ayieda :) said...

Salam ? Hai akak, semuga sukses tau :D . btw; done follo, do follo me back ye ;)

Admin said...

good luck ya