Photobucket

Followers yang disayangi

Sunday 15 May 2011

Kehidupan ini hanya sementara

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semua yang hidup pasti akan mati..Ct teringat arwah pakcik yang meninggal dunia pada bulan 7 tahun lepas.. Arwah meninggalkan 4 orang anak.. Pertama kali, ct pandu kereta lebih 140km/j pulang ke kampung.. Ketika arwah meninggal, anak arwah yang sulung akan hadapi upsr...Anak bongsu, Ahmad dzulkarnain kerap bertanya pada umminya, semua orang ada ayah.. tp nape dia tidak ada ayah??? walaupun berusia 3 tahun tp dia sudah mengerti..

Ct rasa sedih tetapi ct tabahkan diri juga utk  ziarah mereka pada pagi tadi..Apabila sampai di rumah mereka, ahmad dzul menjerit2&melompat2 memanggil "kak ct"..Melihat kegembiraan mereka, ct tahan sedih..ct main2 dgn mereka, buat jadual blaja mereka..ct juga bertanya ttg kerja sekolah dan masalah mereka.. itu yang mampu ct buat =(

Pabila ingin pulang rumah, ct memberikan mereka hadiah sbg tanda kasih sayang ct dan utk menggembirakan adik2 sepupu ct.. Jasa arwah pakcik amat besar pada keluarga ct dan ct rasa tidak terbalas jasanya..ct cuba untuk membalasnya sekadar yang mampu.. Ct doakan agar makcik sekeluarga tabah untuk menghadapi dugaan ini.. Bersyukurlah jika kita mempunyai ibu bapa lagi.. Hormati dan jagalah mereka selagi mereka hidup.. Pada yang tidak mempunyai ayah ibu, doakan mereka dan sedekahkan ayat2 al- quran.. Jom kita berusaha untuk menjadi anak yang soleh dan solehah..

Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad)

7 comments:

Siti Safiyyah said...

kecik2 dah jadi anak yatim.. sedih betul.. bersyukur lah kite yg masih ada mak ayah ni kan? =)

miss ct said...

Assalamualaikum ss..
betul tu.. mmg rasa sedih sgt2.. ct masih terasa kehilangan pakcik..apatah lagi itu bapa mereka kan.. ct mmg bersyukur sgt2... tu sbb ct cuba curi masa utk ziarah mereka di kampung =)

CeritaSekupang said...

setiap yang hidup pasti akan merasai mati...itu juga merupakan salah satu ujian Allah s.w.t kepada mereka...tidaklah seseorang itu diuji dengan ujian yang tidak mampu dia tangani...pasti juga ada hikmah disebalik semua yang berlaku...Allah s.w.t lebih menyayanginya...

surianisiti said...

Ajal maut di tangan Tuhan. Sabar ek ct. Tak pe la. At least, Ct boleh doakan pakcik ct kat sana kan? :)

miss ct said...

Assalamualaikum miss sabrina...
insha Allah ct selalu doakan arwah pakcik.. cuma sedih melihat anak2 arwah yang tidak dapat kasih syg ketika usia mereka masih muda..

amranaiman said...

bagus la ct ni ... =) kemslam diorang huhhu

miss ct said...

Assalamualaikum amran...
tq sudi komen blog ct..dah jd tanggungjwb ct tgk2kan adik2 sepupu ct tu.. insha Allah ct kirimkan salam..