Photobucket

Followers yang disayangi

Monday 18 April 2011

Penantian berakhir...

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


"Imam muda terus memecah tradisi, program keislaman idea anak tempatan memulakan satu perjalanan dalam sebuah kehidupan" ..pernah kah anda mendengar iklan ni?? YA..Akhirnya, Imam Muda musim ke 2 akan dilancarkan secara langsung pada malam ini bermula jam 9 malam di saluran Astro Oasis. Maka, malam ni terjawablah teka teki siapakah 10 calon Imam Muda yang akan meneruskan perjuangan Imam Muda 1.Ct memang dah lama tunggu rancangan Imam Muda 2 ni.. xsabar rasanya nak tgk!!! 

Serba sedikit tentang Imam Muda..Imam Muda adalah sebuah siri pencarian remaja Islam yang dipilih melalui uji bakat  yang diusahakan oleh pihak Astro dan kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan(JAWI). Tujuan atau objektif Imam Muda ini adalah untuk mencari IMAM muda yang terbaik dalam kalangan berjuta pemuda di dalam Malaysia..Selain itu, program Imam Muda ini bertujuan untuk mencari pelapis, melahirkan pemuda yang berintegriti,berkredibiliti bagi memikul bukan shj sbg imam malah sbg pemimpin.

Mereka yang terpilih akan tinggal di dalam asrama selama 3 bulan dan mempelajari hal ehwal islam.. Mereka juga akan mengikut jadual yang ketat, peraturan ugama, tugas dan pemahaman khusus tentang tugas-tugas seorang imam,pemimpin keluarga& juga pemimpin masyarakat. Setiap minggu, mereka akan diuji dengan praktikal, latihan amali, tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan.Setiap minggu akan diumumkan pelajar terbaik dan akan berlakunya penyingkiran. Di minggu kesembilan, hanya 2 orang pelajar yang terbaik akan beraksi di pentas akhir. Siapakah yg bakal bergelar Imam Muda selepas Imam Muda Asyraf??Ada rezeki, jom kita beramai-ramai menyaksikan Imam Muda ini pada setiap minggu... =)


p/s : Imam Muda Terbaik!!!

2 comments:

SwordLovera said...

Imam Muda lagi best kan berbanding AF. saya meluat tgk AF...malah x pernah tengok! hehe..

btw ct, saya tag awk kat entri ni

http://flow-era.blogspot.com/2011/04/join-bloglist-atiera.html

sila2 la tgk ya :)

miss ct said...

Assalamualaikum jannah...
tq sudi komen... tag?? erk,ct kena join juga ke? erm....