بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Apa khabar semua di hari jumaat ni?? semoga sihat walafiat ya.. hari ni ct nak kongsi apa yg ct baca dari majalah Al-Islam keluaran bulan Ogos ttg hadis.. Ada 6 sebab hadis palsu dicipta dan diantaranya adalah :
Politik...
setelah Nabi SAW wafat, berlaku pertelingkahan dan perbezaan pendapat tentang sistem khalifah..ini permulaan kepada penyebaran fitnah besar dan timbul hadis-hadis palsu..apa pentingnya? untuk menarik sokongan dan mendakwa mereka dalam kalangan golongan yang benar.. akhir sekali apa yg berlaku?? perpecahan umat islam.. sedih sekali
Taasub...
dikatakan bahawa perasaan taasub dan assabiyah terhadap bangsa, bahasa dan negeri menyebabkan terciptanya hadis2 palsu ni... utk ape ya? utk mengagung-agungkan sesuatu bangsa, bahasa dan negeri...
Musuh Islam...
golongan yang memusuhi islam seperti golongan munafiq.. mereka sengaja cipta hadis palsu berkaitan akidah, syariat, ibadat, akhlak, hukum-hakam dan lain-lain lagi.. untuk ape ya?? untuk merosakkan umat islam secara halus..
Ahli bidaah dan golongan zuhud...
golongan ini berpendpt bahawa hadis boleh dicipta.. apa tujuannya? supaya rajin beramal ibadat.. apa caranya? dengan menerangkan ttg kelebihan amalan dan ancaman supaya jauhi larangan Allah
Percanggahan persoalan fiqh dan akidah....
menyebabkan wujudnya hadis-hadis palsu yang bertujuan untuk menyokong pandangan sesuatu mazhab atau pegangan aliran berhubung perkara tersebut
Kepentingan diri...
ada para dongeng dan penglipur lara banyak cipta hadis palsu seperti kisah-kisah teladan dan peringatan.. apa tujuannya? untuk tarik perhatian orang ramai... ramai yang ghairah nak cipta nama sbg perawi hadis dan ini salah satu sebab kenapa hadis palsu dicipta.. selain itu, ada segelintir ulama duniawi yang digelar 'ulama su'...mereka sanggup putar belitkan kebenaran dengan membuat hadis palsu.. tujuannya adalah untuk kepentingan dunia dan dekatkan diri dengan penguasa..
p/s : sumber dari majalah Al-Islam..bahagian umum...
keluaran bulan Ogos..muka surat 21